Saturday, 12 January 2013

Sadlife :'(

Assalamualaikum..
Apa khabar all reader's ? 
Sihat tak ?
Kalau tak sihat, makan ubat kay ?

Tajuk entry aku kali ni pon dah cukup nak menceritakan segala-galanya.
Kehidupan yang menyedihkan ?
Ya memang, itu yang aku hadapi setiap hari.
Kehidupan aku bukan nak kata duit tak dak or disisihkan, cuma kebahagian yang orang lain dapat,
aku tak dapat.
Aku pun manusia, ada perasaan, ada akal fikiran, ada hati.
Aku nak jugak bahagia, tapi kenapa aku tak mampu nak miliki semua tuh ?
Adakah bahagia perlu dibeli dengan wang ringgit ?
Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Kebahagian yang aku maksudkan ialah dari segi percintaan, yang lain aku rasa mungkin aku masih tak memerlukan buat masa sekarang, bahagia yang aku nak cumalah cinta.
Aku bukan nak benda lain pon, cukup la cinta jadi penyeri hidup aku.
Tapi kenapa ? Kenapa susah sangat aku nak mengecapi kebahagian tu ?
Adakah ini hukum karma ? Balasan keatas apa yang aku pernah buat sebelum ni ?

Dulu aku terlalu kejam,
bermula hanya dengan seorang insan yang bergelar wanita membuat hati aku ni sakit,
aku mula memainkan perasaan perempuan.
Dengan berbuat begitu aku rasa puas, tapi bila sampai satu tahap, aku rasa kebodohan aku terserlah.
Dan bila aku dah mula belajar menghargai cinta, macam-macam aku terima.
Tuduhan yang bukan-bukan acap kali dilemparkan oleh ramai kenalan perempuan aku.
Aku ni terlalu teruk ka sampai tahap tu aku dilayan ?
Hari demi hari, hati aku makin kerap disakiti.
Tahun 2012 adalah tahun yang paling memedihkan hati aku.
Bermula dari bulan Januari sampailah Disember,
hati aku bertubi-tubi dihentam dengan berbagai dugaan.
Kepedihannya terasa bagai ribuan jarum menikam dengan pantas dan berulang kali.

Tapi semua tu harus ditempuhkan..
Banyak kawan-kawan aku cuba bangkitkan semangat aku balik.
Kadang-kadang, kawan-kawan yang menetap lebih jauh dari aku lebih banyak memberi semangat kepada aku berbanding kawan-kawan yang kononnya makan sepinggan, tidur sebantal..

Cinta yang bahagia.. Macam mana nak dimiliki ?
Ayat Kawan Karib aku ialah "Cinta yang tulus datangnya dari hati :')"
Tapi bagaimanakah ? Aku cuba mencintai wanita sepenuh hati aku, tapi lain maklum balas dan penerimaan mereka.
Apa patut aku buat ?

2012 : 3 Kali aku menangis sebab wanita.
2012 : Buat pertama kali aku belajar mencintai wanita sejujurnya.
2012 : Aku menjadi aku yang lebih baik.
2012 : Aku belajar menjadi orang yang lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa.
2012 : Banyak perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni aku buat.
2012 : Tahun yang tak mungkin aku lupakan.

Aku rasa cukup aku mencoret buat entry kali ni.
Salam Undur Diri, Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Dear KK ku , setiap percintaan mesti ada dugaannya . Cuma manusia ja tak pandai nak menghargai , tak pernah nak syukuri nikmat . Semuanya nampak yang lebih elok sikit ha mula lah tinggal org tuu pergi ke org lain dgn beribu alasan . So ? mengikut kata hati aku lha kan . if hg nk kapel ? hg kapel ja , tp jgn terlalu syg dkt someone tu . jangan cintakan dia sepenuh hati kita . Biarkan lha kita anggap dia mcm membe-II jugak . Sebab apa ? bila dh putus , kita dapat menerima seadanya tadak menangis tadak apa-II situasi yg boleh menggilakan kita . :D .

    ReplyDelete