Monday, 28 January 2013

Assalamualaikum duhai blogger.
Apa khabar ?
Sehat tak ?

Tajuk entry aku pon dah cukup nak menerangkan right ?
Aku nak bagitau ja..
Yang aku jatuh cinta pulak.
Selepas hati aku hancur pada 6 Januari 2013,
25 Januari 2013, Aku mengenali seseorang yang baru.
Mungkin masih baru, tapi aku dah jatuh cinta.
Ini bukan gurauan.

Aku tak ingat tarikh hari pertama aku bertentang mata dengan dia.
Tapi aku masih ingat lagi hari pertama aku memberanikan diri untuk tegur dia.
Tapi sebelum mula aku tegur tu, aku dah terdengar khabar angin yang dia sudah mempunyai seseorang.
Dah nama pun khabar angin, belum tentu betulkan ?

Jumaat 25 Januari 2013 :
Aku dah berani tegur dia, Dia dah berani kacau aku, walaupun seseorang yang tersebar bersama khabar angin tentang dia tu ada dengan aku.
Tapi cara dia kacau aku tu lain, tak nampak macam kacau seorang kawan.
Dia cubit aku, tampar aku dan macam2 lagi yang dia buat.
Tapi aku cuba endahkan perbuatan dia.

Sabtu 26 Januari 2013 :
Malam tu aku still macam biasa, buat perkara biasa, main game memang hobi aku,
dan seperti malam sebelumnya, dia datang untuk gangu aku lagi.
Tapi malam tu, seseorang tu tiada.
Mungkin aku pon dah terlalu terbawak2 dengan perasaan aku sendiri.
Setiap kali dia gangu aku, aku marah, aku bising, aku mengomel, aku beleter.
Sampailah Cyber Cafe tempat aku selalu membuang waktu telah tutup.
Malam tu aku tengok gaya dia lain, aku terpegang tangan dia macam pasangan bercinta pon dia tak marah.
Sampaikan kami boleh bergaduh macam kami ni dah memang pasangan bercinta.
Semasa aku nak balik, aku sengaja tarik perhatian dia dengan cara aku yang memang banyak celoteh ni.
Aku bercakap teramatlah banyak, bagaikan tiada penghujung.
Aku nampak dia hanya tersenyum dengan telatah aku.
Dan malam tu aku memberanikan diri untuk meminta nombor telefonnya.

Ahad 27 Januari 2013 :
Jam menunjukkan pukul 12.15am, OTP pertama telah terbukti segala-galanya.
Dari apa yang aku dengar, sebenarnya dia nak berkenalan dengan aku dari hari pertama dia bertentang mata dengan aku.
Pucuk dicita, ulam mendatang, bagaikan orang yang sedang mengantuk disorong bantal.
Hati dah berbunga-bunga, tanpa melengah lagi, aku terus berceloteh untuk lebih mengenali dia.
Nama diberi Nur Syuhada Binti Basri, Tempat tinggal di Sungai Udang, Melaka, umurnya sebaya dengan aku, masih belajar, dan yang paling penting, masih single.
Sepanjang OTP malam tu, hati aku yang gembira ini, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu bagaimana tahapnya.
Dan kami telah menetapkan pertemuan pertama selepas kami berkenalan.

Masih pada tarikh yang sama, 
Waktu menunjukkan 7.10am, aku menghidupkan enjin motor Honda Cup (C70) milik aku untuk pergi berjumpa dengan si dia.
Pantai menjadi destinasi kami berdua.
Pagi tu, hati aku bagaikan ingin menjerit yang aku benar-benar cintakan dia.
Dia sungguh manja dengan aku, kami berdua-duaan di tepi pantai.
Dia luahkan segala-galanya yang terbuku didalam hati dia.
Dan buat pertama kalinya, aku dapat tengok perempuan menangis dihadapan aku.
Pada mulanya aku terkaku, tetapi aku beranikan diri untuk mengesat air matanya.
Mungkin aku bukan yang terbaik, tetapi aku cuba memberi kata-kata semangat kepada dia.

Bagaikan pinang dibelah dua, 
aku dengan dia agak serasi, hampir kebanyakan lagu yang aku nyanyikan masa aku sedang berjalan-jalan dengan dia, dia tahu untuk menyambung lagu-lagu itu.
Bagaikan burung yang terkurung didalam sangkar, telah dilepaskan untuk terbang bebas.
Hati aku terasa amat berat sekali untuk meninggalkan dia pagi tu, tapi aku merelakan dia pergi.
Belum sempat aku melangkah pergi, aku terdengar dia bersuara dengan agak lantang.
"Owang sayang dia sangat-sangat"

Mungkin masih baru, tapi hati aku sudah terlalu sayangkan dia.
Seumur hidup aku, aku tak pernah mencintai dan menyayangi seseorang sepantas ini.
Semuanya terlalu cepat bagi aku..
Tapi insyaALLAH, dengan izin Allah S.W.T, aku akan mencintai dia dan menyayangi dia sepenuh hati aku.
Dan aku akan jaga dia sepenuh hati aku.

Berakhir disini coretan aku.
InsyaALLAH kalau ada masa, next time aku akan post entry baru lagi.
Okay, salam undur diri, Assalamualaikum.

Monday, 14 January 2013

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan :'(

Assalamualaikum reader's.
Makan dah ?
Kalau tak makan lagi, 
pii cari nah ?

Tajuk entry aku awesome dak ? HAHA.
But, itulah yang aku hadapi.
Kali terakhir aku bercinta, dan itu yang aku terima.

Bukan aku syok sendiri, bukan aku reka cerita.
Cerita ini cerita benar dan aku menangis masa kali terakhir aku OTP dengan dia.

Aku ingat lagi masa hari pertama dia mengaku kat aku tentang perasaan dia.
Hari tu tarikh memang sempoi, jatuh pada 12/12/12.

Sebenaqnya memang aku jatuh hati kat dia dari masa aku mula-mula rapat kat twitter lagi.
Tapi aku ni honaq sikit, saja tak mau nak cakap awai-awai yang aku syok kat dia.
Aku kenal dia lebih kurang sebulan sebelum dia luahkan perasaan dia kat aku.
Dia ni lebih kurang mangsa buli aku la, aku suka nyakat dia, aku suka perli dia, suka jugak ejek dia.
Masa tu, hanya ALLAH ja tau betapa gembiranya aku bila aku mula nampak tanda-tanda tindak balas dari dia.

Bila aku dah mula nampak tanda-tanda tu, aku mula buat macam-macam bagi dia tak senang duduk bila aku takdak.
Taktik aku berjaya, pada tarikh 12/12/2012, masanya 1.32pm aku mengeluarkan soalan yang dia teragak-agak untuk menjawab iaitu, "Apa perasan you terhadap I ?"
Dengan mengambil masa yang agak lama, dan aku menerima maklum balas dari dia yang berbunyi lebih kurang, "I suka you !"
Dengan lagak yang kurang cerdik, aku bertanya lagi, "You suka I, so it's mean you cintakan I ?"
Dan jawapan yang dia beri ialah, "Yes!"
Dengan berlagak rileks aku menjawab " I'm glad to hear it"

Tapi, hari demi hari, bila hubungan aku dengan dia dah makin rapat, makin mesra, tiba-tiba aku rasa macam ia kian pudar.
Adakah ia kesilapan aku ? Mungkin... 
Lagipun masa tu, aku selalu ada kerja nak dibuat, waktu siang memang jarang text dah.
 Sempat OTP waktu malam je, tu pon kalau tak tertido.

Hampir Dua bulan aku kenal dia, siap dah jatuh cinta lagi.
Aku pergi untuk bertemu dengan dia buat kali pertama, 4 mata, 2 mulut, 2 hati..
Dan pada pertemuan pertama tulah terbongkar segala-galanya.

Aku petik sikit dari blog dia, ayat yang dia katakan ialah :
"Hati,tolong jangan bersedih,i tak boleh tahan,nanti i akan nangis kalau sebak.i tak kuat.Dan kamu,tolong maafkan saya.Saya nampak kamu takkan happy dengan saya.I can see when I saw your eyes yesterday. Seriously,i tahu,kamu takkan tahan dengan perangai i.And now,i dah nampak yang kamu takkan tahan dengan perangai i.Kamu takkan pernah boleh tampung kekurangan i.Apa yang kurang dalam diri i,kamu takkan dapat tampung. Memang i kenal kamu cuma sebulan,tapi kamu tak senang dengan cara i.Hurmm." 

Tapi..... Apa yang aku nampak dalam mata dia lain.
Aku nampak dia seperti tiada kesungguhan mencintai aku, seperti terpaksa.
Aku sedar, aku bukan orang yang di dalam kategori ada rupa, tapi kenapa perlu macam tu ?
Salahkah kalau terus terang ja ?
Jujur dengan hati sendiri, tak boleh ?
Kali kedua aku berjumpa dia, tetap perkara yang sama aku nampak dalam mata dia.
Mata dia tak bersinar sebagai mana orang yang benar-benar jatuh dalam percintaan.

Banyak kali aku terangkan kat dia, aku tegur dia, aku nasihat dia, aku nak dia jujur dengan aku kalau ada apa-apa. 
Tapi.... Susah sangat ka permintaan aku tuh ?
Hampir ke semua benda aku jujur dengan dia, hampir ke semua benda aku cerita kat dia, aku tak nak dia tertipu, tapi kenapa dia gamak nak tipu aku ?

Pada malam 6/1/2013 aku meluahkan segala-galanya masa tengah OTP, pada malam tu jugak dia mengatakan sesuatu yang aku dah taknak ingat lagi dah, aku berharap sangat aku dapat lupakan OTP Sejam yang terakhir tu. 
Aku mintak biarlah OTP Sejam itu menjadi yang terakhir untuk dia menghubungi aku, lepastu dia tak akan hubungi aku lagi dah mahupun dari text, facebook, or twitter, dan permintaan aku ialah cukup sekadar friend di FACEBOOK dan follower di TWITTER.
Dan kalau boleh, apa yang berlaku pada malam 6/1/2013 tu aku dapat lupakan, biar aku simpan segala kenangan yang aku dapat bersama dia, tapi aku cuma tak nak ingat malam tu ja.
Kerana malam tu, hati aku benar-benar hancur, tak pernah aku rasa hati aku hancur sampai begitu sekali,
sehingga aku dah tak mampu nak kawal perasaan aku sendiri sehingga aku menangis masa tengah OTP.

Dan sekarang, selepas 8 hari aku dah tak bersama dia lagi, aku tengok dia dah bahagia dengan kawan-kawan dia, dan mungkin seseorang yang baru, yang mampu menawan hati dia.
Aku akan doakan kebahagian buat dia, dan selepas entry ni, aku tak akan stalk fb dan twitter dia lagi..

Thanks to you because you had come to my life and make my life colourfull, cheerfull, and teach me more about life, you are the best thing that ever happen to me. I will remember you always Nur Ainun Sarah Bt Bakri.

Mungkin cukup setakat ini coretan dari aku, aku dah tak mampu nak menahan air mata yang sedang mengalir bagaikan air terjun ini.
Mungkin suatu masa nanti, ada jodoh untuk aku dan dia bertemu lagi, aku harap biarlah pertemuan itu menjadi yang paling bermakna buat aku dan dia.
Salam undur diri buat entry kali.
Assalamualaikum..

Saturday, 12 January 2013

Sadlife :'(

Assalamualaikum..
Apa khabar all reader's ? 
Sihat tak ?
Kalau tak sihat, makan ubat kay ?

Tajuk entry aku kali ni pon dah cukup nak menceritakan segala-galanya.
Kehidupan yang menyedihkan ?
Ya memang, itu yang aku hadapi setiap hari.
Kehidupan aku bukan nak kata duit tak dak or disisihkan, cuma kebahagian yang orang lain dapat,
aku tak dapat.
Aku pun manusia, ada perasaan, ada akal fikiran, ada hati.
Aku nak jugak bahagia, tapi kenapa aku tak mampu nak miliki semua tuh ?
Adakah bahagia perlu dibeli dengan wang ringgit ?
Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ?

Kebahagian yang aku maksudkan ialah dari segi percintaan, yang lain aku rasa mungkin aku masih tak memerlukan buat masa sekarang, bahagia yang aku nak cumalah cinta.
Aku bukan nak benda lain pon, cukup la cinta jadi penyeri hidup aku.
Tapi kenapa ? Kenapa susah sangat aku nak mengecapi kebahagian tu ?
Adakah ini hukum karma ? Balasan keatas apa yang aku pernah buat sebelum ni ?

Dulu aku terlalu kejam,
bermula hanya dengan seorang insan yang bergelar wanita membuat hati aku ni sakit,
aku mula memainkan perasaan perempuan.
Dengan berbuat begitu aku rasa puas, tapi bila sampai satu tahap, aku rasa kebodohan aku terserlah.
Dan bila aku dah mula belajar menghargai cinta, macam-macam aku terima.
Tuduhan yang bukan-bukan acap kali dilemparkan oleh ramai kenalan perempuan aku.
Aku ni terlalu teruk ka sampai tahap tu aku dilayan ?
Hari demi hari, hati aku makin kerap disakiti.
Tahun 2012 adalah tahun yang paling memedihkan hati aku.
Bermula dari bulan Januari sampailah Disember,
hati aku bertubi-tubi dihentam dengan berbagai dugaan.
Kepedihannya terasa bagai ribuan jarum menikam dengan pantas dan berulang kali.

Tapi semua tu harus ditempuhkan..
Banyak kawan-kawan aku cuba bangkitkan semangat aku balik.
Kadang-kadang, kawan-kawan yang menetap lebih jauh dari aku lebih banyak memberi semangat kepada aku berbanding kawan-kawan yang kononnya makan sepinggan, tidur sebantal..

Cinta yang bahagia.. Macam mana nak dimiliki ?
Ayat Kawan Karib aku ialah "Cinta yang tulus datangnya dari hati :')"
Tapi bagaimanakah ? Aku cuba mencintai wanita sepenuh hati aku, tapi lain maklum balas dan penerimaan mereka.
Apa patut aku buat ?

2012 : 3 Kali aku menangis sebab wanita.
2012 : Buat pertama kali aku belajar mencintai wanita sejujurnya.
2012 : Aku menjadi aku yang lebih baik.
2012 : Aku belajar menjadi orang yang lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa.
2012 : Banyak perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni aku buat.
2012 : Tahun yang tak mungkin aku lupakan.

Aku rasa cukup aku mencoret buat entry kali ni.
Salam Undur Diri, Assalamualaikum.

Sunday, 9 December 2012

Single Life :3

Assalamualaikum duhai blogger's dan follower's
Apa khabar ? lama aku tak update blogkan ?
Semua ni gara-gara blogger ni tak sediakan blog versi Mobile :3
Bukan apa aku ni seorang kaki Online yang tegar menggunakan Handphone lebih dari Komputer or Lappy
Mohon kerjasama pengasas blogger , sediakan versi Mobile supaya ramai lagi pengguna handphone dapat menggunakan blog untuk blogging .... (Banyak Perkataan Blog Disitu)

Back to topic , Single ......
Kali terakhir aku mempunyai kekasih hati ialah Dua Minggu selepas Raya Aidilfitri tahun ini ,
Lamakan ? nak buat macam mana , kita ni orang yang kurang paras rupa , of course la tak dak orang nak pandang ken ?
Seriously , aku bahagia dalam perpisahan , kenapa ? 
Sebab perpisahan terakhir tu banyak mengajar aku erti kehidupan , aku bangkit selepas rebah ..
Mesti hampa tak percayakan kalau aku cakap aku menangis ? tapi itu memang kenyataan , aku menangis masa aku putuskan untuk berpisah dengan dia , tapi dia tak paham apa yang aku cuba sampaikan masa tu ..
Dia anggap aku ni saja nak permainkan hati dia , tapi apakan daya right ? bila orang dah benci , semua benda nampak hina didepan mata dia ..
Masa tu aku dah memang berfikir pendek sebab buat macam tu , tapi aku buat demi kebaikan dia , aku tak nak result dia boleh hancur disebabkan aku ..
Tapi semua tu dah lepas , but seriously , aku sentiasa berharap dia akan jadi milik aku lagi , tapi mungkin itu hanya satu angan-angan .. Angan yang aku impikan dalam kehidupan aku yang tak mungkin pasti :-(

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii ..
Selepas aku dah tengok dia bahagia bersama pilihan hati dia , aku pun turut tumpang bahagia dengan dia ..
Menangis tu normallah , orang yang aku sayangkan ? orang yang aku sanjung , tapi semua itu sia-sia .. hurm

Single ..
Masuk bulan ni maybe dah 4 bulan aku single , bagi aku inilah masa yang paling lama aku single ,
Before ini mesti ada jugak yang akan jadi teman pengganti , sekarang tiada lagi ..
Nak kata aku tak mencuba nasib tuh , haishh mana ada , pantang nampak perempuan jaa ! HAHA ..
Tapi mungkin bukan rezki aku ken ? InShaaALLAH suatu hari nanti adalah jodoh untuk diri aku , yerdak ?

Sepanjang 4 bulan ni aku dapat bina balik semua benda yang aku hilang semasa bercinta dulu , 
KAWAN , KEWANGAN , PEMBELAJARAN , dan HUBUNGAN SILAHTURAHIM ANTARA AKU DAN ADIK BERADIK AKU TERMASUK AYAH AKU ..
Dulu semua benda ni aku sanggup lupakan , demi nak penuhi kehendak orang yang aku sayang ..
Tapi mungkin ALLAH S.W.T nak tunjuk kat aku kot noh ?

Seriously banyak masa yang aku bazirkan dulu dapat ditebus kembali , now selepas 4 bulan aku single , aku rasa dah sedia untuk menerima orang baru dalam hidup aku , sekarang dalam proses cuba-cuba , siasat dulu sapa perempuan tuh , bukan macam dulu lagi dah , main serkap jarang sahaja ..
Tapi kalau memang ditakdirkan aku untuk SINGLE . Aku Redha ...

Okaylah , cukuplah aku tulis untuk entri kali ni , InShaaALLAH next time akan ada lagi entri baru ..
Aku kembali meng'update' blog aku ni selepas tengok makin ramai orang yang active ber'blogging' ..
Seriously jelous jugak aku tengok , HAHA ..
Okay DONE FOR NOW . SHALL WE MEET LATER ?
Salam Undur diri untuk kali ni .. Assalamualaikum ..

Wednesday, 18 April 2012

Kawan & Perempuan :-o

Assalamualaikum (knock knock knock) ..
Kami datang nak beraye ney :-P ..
Haii bloger .. Ape khabar ? Sehat ? Makan dah ? Xpe2 itu korang punye pasal la kan ? Buat aku perlu amek tahu ? Heh3 .. Jangan marah tw , just joking :-) !

Bapak sikit entry aku .. Dasar pemalas nak update :-P

Ok bincang tajuk .. Jangan terpesong paeh !

Ok , kalau korang sume kan .. Akan pilih kawan atau kekasih hati ??
Aku just nak tahu je .. Sbb aku ada masalah dengan both of that ..

Ape patut aku buat eah ?
Nak telan mati mak , luah mati bapak aku jadi nye .. Tak kan aku nak kemam sampai kesudah ?

Buntu aku :-( .. Hidup terumbang ambing dah jadi nye ..
Kadang2 aku fikir , aku patot jage perasaan si kawan ..
Kadang2 pulak aku terfikir , aku patot jage perasaan perempuan ..
Kadang2 pulak aku terfikir , sape nak jaga perasaan aku wehhh ???

Better solution : amek tali ikat bagi tinggi , gantung diri , senang kan ?? Huishhh , pikir xhabes tu , mengucap paeh mengucap , xkan nak murtad kot ??

Yang kawan dengan cara kawan , xhabes2 ade je cara cuba nak jatuh kan aku , ada ja cara nak musnah kan aku , ada ja niat nak tikam aku dari belakang ..

Yang perempuan pulak dengan cara dy yg tersendiri lak , ada yang hina aku , ada yang dok 'kencing' aku , ada yang tinggal aku , ada ja yang mencari silap aku 24jam .. Haishhhh

Aku dah penat berlari wehh .. Lari dari masalah bukan lah jalan yang TERBAIK !!!!

Hurmmmm :-( susah nak dapat tidor yang lena kalau asyik pikir kan masalah ..

Ermmm k lah .. Aku dah xtermampu nak berkata apa apa lagi , biar lah yang Maha Esa menentu kan .. Lagi pun ini semua dugaan dari Nya kan ?

Hurmmm ok lah .. Sampai disini sahaja entry aku buat kali ni .. Assalamualaikum , bye - bye ;-)

Friday, 16 March 2012

Cinta !!

Ada apa dengan cinta ? Best kew bercinta ? Apa yang penting nya cinta neh ? Cinta nie perlukan apa ? Kesetiaan ? Kasih sayang ?  Wajib ka bercinta ?




Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu
(petikan lagu Bila Cinta Di Dusta)

Bukan aku nak pertikai kan tentang percintaan nihh .. aku sendiri pun tgh hangat bercinta so xley nak salah kan sape2 la ..

Now back to topic .. ape yang penting nya cinta nih ? kalau xdak cinta .. manusia xboleh hidup kew ? ..

Hurmm .. dunia .. kalau kite dengar balik cite orang dulu2 tentang care dyowg nak bercinta , fuhh .. mesti kita akan cakap "aoowwwhhh .. so sweet" .. tapi kalau kite dengar pulak cita cinta budak2 zaman sekarang mesti kita akan mengeluh "Astaga , apa nak jadi dengan anak muda sekarang?" ..

Dulu boleh la kita cakap .. cinta pandang pertama , cinta monyet , cinta itu buta , cinta sejati .. but now ? sesuai lagi nak ckp mcm tuh ? i think hell NO !! .. nape ? sbb skrg nih cinta dah byk berubah .. cinta nafsu , cinta harta , cinta paras rupa dan berbagai2 cinta lagi lah .. susah nak jumpa pasangan yang bercinta yang kekal hingga ke jinjang pelamin .. munkin 1 dalam 1000 je kan ?

Bukan nak menafi kan .. tapi aku sendiri dah jumpe cinta2 zaman moden ni .. suma aku dah lalui .. dah lali dah dengan perkara macam nie .. tapi sejujur nya .. aku xrasa diri aku nie dah ckup masak untuk hadapi nya .. perkara macam nie xmustahil berlaku .. kadang2 orang yang kita sayang .. yang munkin kita dah jangka ia sebagai cukup sempurna tiba2 berubah .. TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA !! setiap manusia melakukan kan kesilapan .. setiap manusia akan mengalami perubahan ..

Senyum :-) .. kite dah xboley nak buat pape .. budak2 zaman sekarang dah terlalu taksub .. dah banyak sangat terpengaruh .. xlama lagi jangan terkejut kalau adik2 kita yang berumur Lima atau Enam tahun dah bercinta .. cinta tiada sesiapa yang dapat menghalang .. kalau adik kita bercinta xkan kita nak sepak terajang ? supaya dy xbercinta ? such a stupid !! buat pe nak halang ? kita dulu macam tu la jugak .. cuma perbezaan umur je ..

Cinta nie datang dengan sendiri nya .. xperlu nak dikejar .. xperlu nak dipaksa .. kadang2 memang kite perlu mencari .. tapi pencarian kita jangan la smpai terlalu taksub sehingga kita lupa perkara laen yang wajib kita tunai kan .. bercinta nie xrugi .. masam manis kehidupan ada dalam percintaan .. jadi jgn kata kita xnak bercinta .. WE SHOULD TRY IT .. IT NOT WASTE !!

Hurmmm .. k laaa .. aku pun dah xtawu nak taip ape .. entry pun ntah pape .. itu la .. orang nak ade blog aku pun nak gak .. now feel's it .. HAHAHAHAHAHA !! .. ok la .. chaow .. Assalamualaikum !! jumpa lagi dalam next entry yang aku xtaw bile akan di'POST' pulak .. heh3 ..