Monday, 14 January 2013

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan :'(

Assalamualaikum reader's.
Makan dah ?
Kalau tak makan lagi, 
pii cari nah ?

Tajuk entry aku awesome dak ? HAHA.
But, itulah yang aku hadapi.
Kali terakhir aku bercinta, dan itu yang aku terima.

Bukan aku syok sendiri, bukan aku reka cerita.
Cerita ini cerita benar dan aku menangis masa kali terakhir aku OTP dengan dia.

Aku ingat lagi masa hari pertama dia mengaku kat aku tentang perasaan dia.
Hari tu tarikh memang sempoi, jatuh pada 12/12/12.

Sebenaqnya memang aku jatuh hati kat dia dari masa aku mula-mula rapat kat twitter lagi.
Tapi aku ni honaq sikit, saja tak mau nak cakap awai-awai yang aku syok kat dia.
Aku kenal dia lebih kurang sebulan sebelum dia luahkan perasaan dia kat aku.
Dia ni lebih kurang mangsa buli aku la, aku suka nyakat dia, aku suka perli dia, suka jugak ejek dia.
Masa tu, hanya ALLAH ja tau betapa gembiranya aku bila aku mula nampak tanda-tanda tindak balas dari dia.

Bila aku dah mula nampak tanda-tanda tu, aku mula buat macam-macam bagi dia tak senang duduk bila aku takdak.
Taktik aku berjaya, pada tarikh 12/12/2012, masanya 1.32pm aku mengeluarkan soalan yang dia teragak-agak untuk menjawab iaitu, "Apa perasan you terhadap I ?"
Dengan mengambil masa yang agak lama, dan aku menerima maklum balas dari dia yang berbunyi lebih kurang, "I suka you !"
Dengan lagak yang kurang cerdik, aku bertanya lagi, "You suka I, so it's mean you cintakan I ?"
Dan jawapan yang dia beri ialah, "Yes!"
Dengan berlagak rileks aku menjawab " I'm glad to hear it"

Tapi, hari demi hari, bila hubungan aku dengan dia dah makin rapat, makin mesra, tiba-tiba aku rasa macam ia kian pudar.
Adakah ia kesilapan aku ? Mungkin... 
Lagipun masa tu, aku selalu ada kerja nak dibuat, waktu siang memang jarang text dah.
 Sempat OTP waktu malam je, tu pon kalau tak tertido.

Hampir Dua bulan aku kenal dia, siap dah jatuh cinta lagi.
Aku pergi untuk bertemu dengan dia buat kali pertama, 4 mata, 2 mulut, 2 hati..
Dan pada pertemuan pertama tulah terbongkar segala-galanya.

Aku petik sikit dari blog dia, ayat yang dia katakan ialah :
"Hati,tolong jangan bersedih,i tak boleh tahan,nanti i akan nangis kalau sebak.i tak kuat.Dan kamu,tolong maafkan saya.Saya nampak kamu takkan happy dengan saya.I can see when I saw your eyes yesterday. Seriously,i tahu,kamu takkan tahan dengan perangai i.And now,i dah nampak yang kamu takkan tahan dengan perangai i.Kamu takkan pernah boleh tampung kekurangan i.Apa yang kurang dalam diri i,kamu takkan dapat tampung. Memang i kenal kamu cuma sebulan,tapi kamu tak senang dengan cara i.Hurmm." 

Tapi..... Apa yang aku nampak dalam mata dia lain.
Aku nampak dia seperti tiada kesungguhan mencintai aku, seperti terpaksa.
Aku sedar, aku bukan orang yang di dalam kategori ada rupa, tapi kenapa perlu macam tu ?
Salahkah kalau terus terang ja ?
Jujur dengan hati sendiri, tak boleh ?
Kali kedua aku berjumpa dia, tetap perkara yang sama aku nampak dalam mata dia.
Mata dia tak bersinar sebagai mana orang yang benar-benar jatuh dalam percintaan.

Banyak kali aku terangkan kat dia, aku tegur dia, aku nasihat dia, aku nak dia jujur dengan aku kalau ada apa-apa. 
Tapi.... Susah sangat ka permintaan aku tuh ?
Hampir ke semua benda aku jujur dengan dia, hampir ke semua benda aku cerita kat dia, aku tak nak dia tertipu, tapi kenapa dia gamak nak tipu aku ?

Pada malam 6/1/2013 aku meluahkan segala-galanya masa tengah OTP, pada malam tu jugak dia mengatakan sesuatu yang aku dah taknak ingat lagi dah, aku berharap sangat aku dapat lupakan OTP Sejam yang terakhir tu. 
Aku mintak biarlah OTP Sejam itu menjadi yang terakhir untuk dia menghubungi aku, lepastu dia tak akan hubungi aku lagi dah mahupun dari text, facebook, or twitter, dan permintaan aku ialah cukup sekadar friend di FACEBOOK dan follower di TWITTER.
Dan kalau boleh, apa yang berlaku pada malam 6/1/2013 tu aku dapat lupakan, biar aku simpan segala kenangan yang aku dapat bersama dia, tapi aku cuma tak nak ingat malam tu ja.
Kerana malam tu, hati aku benar-benar hancur, tak pernah aku rasa hati aku hancur sampai begitu sekali,
sehingga aku dah tak mampu nak kawal perasaan aku sendiri sehingga aku menangis masa tengah OTP.

Dan sekarang, selepas 8 hari aku dah tak bersama dia lagi, aku tengok dia dah bahagia dengan kawan-kawan dia, dan mungkin seseorang yang baru, yang mampu menawan hati dia.
Aku akan doakan kebahagian buat dia, dan selepas entry ni, aku tak akan stalk fb dan twitter dia lagi..

Thanks to you because you had come to my life and make my life colourfull, cheerfull, and teach me more about life, you are the best thing that ever happen to me. I will remember you always Nur Ainun Sarah Bt Bakri.

Mungkin cukup setakat ini coretan dari aku, aku dah tak mampu nak menahan air mata yang sedang mengalir bagaikan air terjun ini.
Mungkin suatu masa nanti, ada jodoh untuk aku dan dia bertemu lagi, aku harap biarlah pertemuan itu menjadi yang paling bermakna buat aku dan dia.
Salam undur diri buat entry kali.
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment