Sunday, 9 December 2012

Single Life :3

Assalamualaikum duhai blogger's dan follower's
Apa khabar ? lama aku tak update blogkan ?
Semua ni gara-gara blogger ni tak sediakan blog versi Mobile :3
Bukan apa aku ni seorang kaki Online yang tegar menggunakan Handphone lebih dari Komputer or Lappy
Mohon kerjasama pengasas blogger , sediakan versi Mobile supaya ramai lagi pengguna handphone dapat menggunakan blog untuk blogging .... (Banyak Perkataan Blog Disitu)

Back to topic , Single ......
Kali terakhir aku mempunyai kekasih hati ialah Dua Minggu selepas Raya Aidilfitri tahun ini ,
Lamakan ? nak buat macam mana , kita ni orang yang kurang paras rupa , of course la tak dak orang nak pandang ken ?
Seriously , aku bahagia dalam perpisahan , kenapa ? 
Sebab perpisahan terakhir tu banyak mengajar aku erti kehidupan , aku bangkit selepas rebah ..
Mesti hampa tak percayakan kalau aku cakap aku menangis ? tapi itu memang kenyataan , aku menangis masa aku putuskan untuk berpisah dengan dia , tapi dia tak paham apa yang aku cuba sampaikan masa tu ..
Dia anggap aku ni saja nak permainkan hati dia , tapi apakan daya right ? bila orang dah benci , semua benda nampak hina didepan mata dia ..
Masa tu aku dah memang berfikir pendek sebab buat macam tu , tapi aku buat demi kebaikan dia , aku tak nak result dia boleh hancur disebabkan aku ..
Tapi semua tu dah lepas , but seriously , aku sentiasa berharap dia akan jadi milik aku lagi , tapi mungkin itu hanya satu angan-angan .. Angan yang aku impikan dalam kehidupan aku yang tak mungkin pasti :-(

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii ..
Selepas aku dah tengok dia bahagia bersama pilihan hati dia , aku pun turut tumpang bahagia dengan dia ..
Menangis tu normallah , orang yang aku sayangkan ? orang yang aku sanjung , tapi semua itu sia-sia .. hurm

Single ..
Masuk bulan ni maybe dah 4 bulan aku single , bagi aku inilah masa yang paling lama aku single ,
Before ini mesti ada jugak yang akan jadi teman pengganti , sekarang tiada lagi ..
Nak kata aku tak mencuba nasib tuh , haishh mana ada , pantang nampak perempuan jaa ! HAHA ..
Tapi mungkin bukan rezki aku ken ? InShaaALLAH suatu hari nanti adalah jodoh untuk diri aku , yerdak ?

Sepanjang 4 bulan ni aku dapat bina balik semua benda yang aku hilang semasa bercinta dulu , 
KAWAN , KEWANGAN , PEMBELAJARAN , dan HUBUNGAN SILAHTURAHIM ANTARA AKU DAN ADIK BERADIK AKU TERMASUK AYAH AKU ..
Dulu semua benda ni aku sanggup lupakan , demi nak penuhi kehendak orang yang aku sayang ..
Tapi mungkin ALLAH S.W.T nak tunjuk kat aku kot noh ?

Seriously banyak masa yang aku bazirkan dulu dapat ditebus kembali , now selepas 4 bulan aku single , aku rasa dah sedia untuk menerima orang baru dalam hidup aku , sekarang dalam proses cuba-cuba , siasat dulu sapa perempuan tuh , bukan macam dulu lagi dah , main serkap jarang sahaja ..
Tapi kalau memang ditakdirkan aku untuk SINGLE . Aku Redha ...

Okaylah , cukuplah aku tulis untuk entri kali ni , InShaaALLAH next time akan ada lagi entri baru ..
Aku kembali meng'update' blog aku ni selepas tengok makin ramai orang yang active ber'blogging' ..
Seriously jelous jugak aku tengok , HAHA ..
Okay DONE FOR NOW . SHALL WE MEET LATER ?
Salam Undur diri untuk kali ni .. Assalamualaikum ..