Assalamualaikum duhai blogger.
Apa khabar ?
Sehat tak ?
Sehat tak ?
Tajuk entry aku pon dah cukup nak menerangkan right ?
Aku nak bagitau ja..
Yang aku jatuh cinta pulak.
Selepas hati aku hancur pada 6 Januari 2013,
25 Januari 2013, Aku mengenali seseorang yang baru.
Mungkin masih baru, tapi aku dah jatuh cinta.
Ini bukan gurauan.
Ini bukan gurauan.
Aku tak ingat tarikh hari pertama aku bertentang mata dengan dia.
Tapi aku masih ingat lagi hari pertama aku memberanikan diri untuk tegur dia.
Tapi aku masih ingat lagi hari pertama aku memberanikan diri untuk tegur dia.
Tapi sebelum mula aku tegur tu, aku dah terdengar khabar angin yang dia sudah mempunyai seseorang.
Dah nama pun khabar angin, belum tentu betulkan ?
Jumaat 25 Januari 2013 :
Aku dah berani tegur dia, Dia dah berani kacau aku, walaupun seseorang yang tersebar bersama khabar angin tentang dia tu ada dengan aku.
Tapi cara dia kacau aku tu lain, tak nampak macam kacau seorang kawan.
Dia cubit aku, tampar aku dan macam2 lagi yang dia buat.
Tapi aku cuba endahkan perbuatan dia.
Sabtu 26 Januari 2013 :
Malam tu aku still macam biasa, buat perkara biasa, main game memang hobi aku,
Malam tu aku still macam biasa, buat perkara biasa, main game memang hobi aku,
dan seperti malam sebelumnya, dia datang untuk gangu aku lagi.
Tapi malam tu, seseorang tu tiada.
Mungkin aku pon dah terlalu terbawak2 dengan perasaan aku sendiri.
Setiap kali dia gangu aku, aku marah, aku bising, aku mengomel, aku beleter.
Sampailah Cyber Cafe tempat aku selalu membuang waktu telah tutup.
Malam tu aku tengok gaya dia lain, aku terpegang tangan dia macam pasangan bercinta pon dia tak marah.
Sampaikan kami boleh bergaduh macam kami ni dah memang pasangan bercinta.
Semasa aku nak balik, aku sengaja tarik perhatian dia dengan cara aku yang memang banyak celoteh ni.
Aku bercakap teramatlah banyak, bagaikan tiada penghujung.
Aku nampak dia hanya tersenyum dengan telatah aku.
Dan malam tu aku memberanikan diri untuk meminta nombor telefonnya.
Ahad 27 Januari 2013 :
Jam menunjukkan pukul 12.15am, OTP pertama telah terbukti segala-galanya.
Dari apa yang aku dengar, sebenarnya dia nak berkenalan dengan aku dari hari pertama dia bertentang mata dengan aku.
Pucuk dicita, ulam mendatang, bagaikan orang yang sedang mengantuk disorong bantal.
Hati dah berbunga-bunga, tanpa melengah lagi, aku terus berceloteh untuk lebih mengenali dia.
Nama diberi Nur Syuhada Binti Basri, Tempat tinggal di Sungai Udang, Melaka, umurnya sebaya dengan aku, masih belajar, dan yang paling penting, masih single.
Sepanjang OTP malam tu, hati aku yang gembira ini, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu bagaimana tahapnya.
Dan kami telah menetapkan pertemuan pertama selepas kami berkenalan.
Masih pada tarikh yang sama,
Waktu menunjukkan 7.10am, aku menghidupkan enjin motor Honda Cup (C70) milik aku untuk pergi berjumpa dengan si dia.
Pantai menjadi destinasi kami berdua.
Pagi tu, hati aku bagaikan ingin menjerit yang aku benar-benar cintakan dia.
Dia sungguh manja dengan aku, kami berdua-duaan di tepi pantai.
Dia luahkan segala-galanya yang terbuku didalam hati dia.
Dan buat pertama kalinya, aku dapat tengok perempuan menangis dihadapan aku.
Pada mulanya aku terkaku, tetapi aku beranikan diri untuk mengesat air matanya.
Mungkin aku bukan yang terbaik, tetapi aku cuba memberi kata-kata semangat kepada dia.
Bagaikan pinang dibelah dua,
aku dengan dia agak serasi, hampir kebanyakan lagu yang aku nyanyikan masa aku sedang berjalan-jalan dengan dia, dia tahu untuk menyambung lagu-lagu itu.
Bagaikan burung yang terkurung didalam sangkar, telah dilepaskan untuk terbang bebas.
Hati aku terasa amat berat sekali untuk meninggalkan dia pagi tu, tapi aku merelakan dia pergi.
Belum sempat aku melangkah pergi, aku terdengar dia bersuara dengan agak lantang.
"Owang sayang dia sangat-sangat"
Mungkin masih baru, tapi hati aku sudah terlalu sayangkan dia.
Seumur hidup aku, aku tak pernah mencintai dan menyayangi seseorang sepantas ini.
Semuanya terlalu cepat bagi aku..
Tapi insyaALLAH, dengan izin Allah S.W.T, aku akan mencintai dia dan menyayangi dia sepenuh hati aku.
Dan aku akan jaga dia sepenuh hati aku.
Berakhir disini coretan aku.
InsyaALLAH kalau ada masa, next time aku akan post entry baru lagi.
Okay, salam undur diri, Assalamualaikum.